suria

Seorang Tebunuh Dalam Serangan Terbaru Di Selatan Thailand

Anggota tentera memeriksa trak yang musnah diserang pejuang Islam dalam satu serangan yang mengorbankan seorang anggota tentera.

PATTANI, Thailand: Seorang anggota tentera terbunuh dalam satu serangan hendap yang didakwa dilakukan militan Islam di wilayah bergolak ini, demikian menurut pihak polis, Rabu.

Leftenan Kolonel Sathid Chansorn berkata mangsa dibunuh oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang menyerang tentera-tentera yang sedang menjalakan rutin pengawasan dekat daerah Yala.

Sathid mendakwa serangan mungkin dilakukan untuk membalas dendam di atas pembunuhan salah seorang ketua tempatan mereka dan tiga lagi anggota militan yang dilakukan oleh tentera keselamatan Thailand dalam satu serbuan ke atas sebuah belukar yang menjadi tempat persembunyian mereka pada Jumaat lepas.

Lebih daripada 4,300 orang terbunuh di tiga buah wilayah yang dikuasai pejuang pemisah Islam yang memperjuangkan kebebasan mereka sejak tahun 2004. -AP

Artikel Lain