suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Korea Selatan Tingkat Keselamatan Siber Tangani Serangan Korea Utara

SEOUL: Korea Selatan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan teknologi maklumat di semua premis utama kerajaan untuk menangani serangan siber yang mungkin dilakukan oleh Korea Utara.

Seoul mendakwa Pyongyang telah melancarkan beberapa serangan siber sejak beberapa tahun lalu.

Arahan khas presiden telah mengarahkan pelantikan 45 pegawai dari 23 agensi kerajaan untuk bertugas mengawasi keselamatan sistem komputer dan pelan keselamatan di agensi-agensi kerajaan, demikian menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

"Langkah ini bertujuan menangani serangan siber yang berlaku secara berterusan," kata seorang pegawai kementerian kepada pemberita.

Korea Selatan pada awal bulan ini mendakwa perisik Korea Utara telah melancarkan serangan siber yang melumpuhkan operasi salah sebuah bank terbesar di sini.

Kementerian Pertahanan Korea Utara bagaimanapun dengan tegas menafikan dakwaan itu.

Seoul juga menuduh Pyongyang bertanggungjawab merancang serangan siber terhadap laman web milik agensi utama mereka dan institusi kewangan pada Mac tahun ini dan pada Julai 2009.

Pyongyang juga menolak tuduhan itu dan mendakwa Seoul mereka tuduhan-tuduhan sedemikian untuk meningkatkan ketegangan di antara kedua-dua buah negara.

Korea Utara dilaporkan mengekalkan unit penggodam elitnya dan menyebabkan Korea Selatan membentuk satu kumpulan tentera khas untuk menangani perkara tersebut. -AFP

Artikel Lain