suria

Kaji Teliti Struktur Kewangan Islam - PM

OXFORD: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata struktur kewangan Islam hendaklah dikaji sepenuhnya bagaimana ia boleh menyokong struktur ekonomi global baru yang muncul.

Beliau berkata dunia Islam telah menunjukkan bahawa ia boleh menjadi daya ekonomi dan terdapat potensi besar untuk kewangan Islam diperluaskan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata ia telah menarik minat beliau bagaimana kesederhanaan boleh menyelesaikan masalah ekstremis tetapi juga membantu komuniti dunia menerusi krisis ekonomi global.

"Ia bukan kebetulan bahawa institusi ke arah prinsip Islam boleh mengharungi krisis ekonomi yang teruk. Kewangan Islam meletakkan kabaikan awam mengatasi kepentingan individu," kata Perdana Menteri pada syarahan beliau di Sheldonian Theatre, University of Oxford di sini petang Isnin.

Beliau berkata perlu dinyatakan bahawa Bank Islam tidak dibenarkan untuk membelanja dan meminjamkan banyak wang yang ia sebenarnya miliki.

Najib berkata potensi besar kewangan Islam sangat jelas kerana lebih satu setengah bilion Muslim tinggal di negara-negara seluruh dunia.

Terdapat lebih 400 bank Islam di lebih 50 negara termasuk di United Kingdom.

Beliau berkata selain sebagai pemimpin kewangan Islam, Malaysia juga adalah pemimpin dunia dalam mengeluarkan sukuk atau bond Islam dengan 60 peratus daripadanya berasal dari Malaysia.

Najib berkata: "sesungguhnya, menggantikan keterlaluan kewangan Islam menawarkan kesederhanaan dan ketelusan. Menggantikan tamak, kewangan Islam menawarkan keadilan."

Terdahulu, Perdana Menteri diberikan penghormatan untuk menyampaikan satu syarahan di Sheldonian Theatre.

Beliau berharap kerjasama antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Pusat Pengajian Islam Oxford (OXCIS) mengenai kajian isu-isu yang muncul dalam kewangan Islam, ikatan hubungan antara United Kingdom dan Malaysia akan diperkukuhkan lagi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain