suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

27 Mati Dipancung Sindiket Dadah Di Guatemala

GUATEMALA: Sekurang-kurangnya 27 orang ditemui mati bergelimpangan dengan leher di pancung di sebuah ladang di utara Guatemala di sempadan Mexico pada Ahad dengan pegawai polis memberitahu ia ada kaitan dengan operasi kumpulan samseng dadah di kawasan itu.

“Antara 27 yang maut ialah dua wanita. Semua mereka tanpa kepala," kata jurucakap polis Guatemala, Donald Gonzalez kepada AFP.

Beliau berkata, pegawai polis dari ibu pejabat polis kini berada di tempat kejadian tetapi belum diketahui bila kejadian itu berlaku.

Mayat mereka ditemui dalam sebuah pejabat di ladang yang terletak di San Andres, kira-kira 500 kilometer di utara ibu negara berkenaan.

Sekiranya pembunuhan itu ada hubungannya dengan sindiket dadah Mexico, ia adalah pembunuhan terbesar setakat ini di Guatemala membabitkan kumpulan dadah. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain