suria

PM Australia Tegaskan Mengenai Pemohon Suaka

MELBOURNE: Perdana Menteri Julia Gillard telah menegaskan mengenai perancangan kerajaan pimpinan beliau berhubung perjanjian pertukaran pemohon suaka dengan negara lain.

Kerajaan mahu menghantar pemohon suaka ke negara lain bagi pemprosesan dan telah mengadakan perbincangan dengan Malaysia dan Papua New Guinea.

Media melaporkan pada Ahad bahawa Thailand pada prinsipnya berminat mengadakan perjanjian serupa dengan Malaysia untuk menukar 800 pemohon suaka dengan 4,000 pelarian yang kini tinggal di Malaysia.

Gillard berkata mesej kepada pemohon suaka adalah jelas.

"Jangan datang ke Australia menjangka untuk diproses kerana perkara itu tidak berlaku pada anda," katanya kepada ABC TV pada Ahad.

"Kami akan tahan mereka (pemohon suaka) sehingga kami dapat memindahkan mereka," katanya merujuk kepada penahanan 32 pemohon suaka dalam sebuah bot di utara Broome, barat Australia, pada Sabtu.

Menteri Luar Kevin Rudd telah membincangkan strategi kerajaan mengenai pemohon suaka dengan Menteri Luar Thailand Kasit Piromya pada hujung minggu ini.

Pada sidang akhbar bersama, Kasit berkata perjanjian antara Australia dan Malaysia "adalah sesuatu yang kami semua berminat untuk mengkajinya". - BERNAMA

Artikel Lain