suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bom Meletup Dekat Sebuah Bank Di China, Berpuluh Cedera

BEIJING: Berpuluh-puluh orang cedera apabila sebutir bom gasolin buatan sendiri meletup di sebuah bank di sini, Jumaat, lapor media tempatan.

Beberapa mangsa juga cedera apabila bertindak terjun ke luar tingkap daripada tingkat empat bangunan tersebut.

Agensi berita Xinhua News Agency melaporkan, saksi memberitahu letupan itu berlaku semasa pekerja Tianzhu Country Rural Credit Cooperative Union berkumpul pada pukul 9 pagi untuk mesyuarat.

Saksi juga memberitahu, mangsa letupan diusung keluar dari bangunan dan badan mereka dilihat melecur terbakar.

Seramai 20 orang mangsa dilaporkan telah dihantar ke hospital.

Laporan media menyatakan motif serangan belum dapat diketahui. -AP

Artikel Lain