suria

Keluarga Mangsa Pencabulan Paderi Roman Katolik Saman Vatican

CHICAGO: Keluarga seorang budak lelaki yang menjadi mangsa pencabulan oleh Paderi Roman Katolik akan mengemukakan saman ke atas Vatican kerana memainkan peranan menyembunyi kejadian penderaan dan pencabulan kehormatan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Peguam Jeffrey Anderson yang kini sedang mengendali dua kes yang serupa berkata, ibu kepada budak lelaki itu mengambil keputusan untuk menyaman pentadbir gereja Roman Katolik itu kerana kecewa dengan kegagalan mereka untuk menjaga kehormatan kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa kepada orang yang gereja sendiri kenali.

“Dan sebab paling utama mengapa kami terpaksa mengambil tindakan ini (menyaman) adalah kerana Daniel McCormack (tertuduh) adalah salah seorang daripada ramai lagi pesalah yang dibenarkan melakukan pencabulan ini secara diam dan rahsia,” kata Anderson kepada para pemberita.

Menurutnya, sehinggalah benar-benar wujudnya perubahan pada apa yang telah berlaku, mereka khuatir lebih ramai kanak-kanak yang bakal menjadi mangsa keadaan.

Beberapa keluarga mangsa telah mencapai persetujuan untuk menerima RM4.79 juta dalam satu penyelesaian di luar mahkamah pada tahun 2008 dengan pihak gereja selepas McCormack mengaku bersalah ke atas tuduhan mencabul lima budak lelaki yang berkhidmat di gereja.

Bagaimanapun, beberapa budak terus menjadi mangsa pencabulan McCormack apabila dia dibenarkan berkhidmat di sekolah katolik selepas kejadian itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain