suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurutera Tentera Perancis Maut Ketika Matikan Bom

PARIS: Seorang jurutera tentera Perancis terbunuh apabila sebutir bom buatan sendiri meletup ketika mangsa bersama unit pemusnah bom cuba membuka laluan di kawasan pergunungan di timur Afghanistan, kata Kementerian Pertahanan.

Menurut kementerian itu, mangsa berpangkat korporal dalam Rejimen Kejuruteraan ke-13 merupakan tentera Perancis yang ke-57 maut sejak menyertai kempen bersekutu di negara ini pada 2001.

"Dia terbunuh di Lembah Tagab, terletak di timur Kabul, manakala ahli pasukan yang lain bersedia untuk membuka jalan berdasarkan operasi yang dirancang oleh unit tentera NATO yang turut memerangi Taliban dan kumpulan pemberontak, " katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain