suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Mahu Soal Siasat Balu Osama

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menjangkakan akan mendapat kebenaran daripada Pakistan untuk menyoal siasat tiga balu Osama bin Laden, beritahu AS kepada agensi berita AFP pada Isnin.

AS telah meminta Pakistan memberi kebenaran berjumpa dengan tiga balu Osama yang berada dalam tahanan Pakistan kerana mereka mungkin mempunyai maklumat penting mengenai pergerakan Al-Qaeda.

Bagaimanapun, butiran lebih terperinci tidak diberikan.

Pakatan antara AS dan Pakistan memerangi keganasan mengalami ketegangan yang semakin memuncak kerana Pakistan didakwa "melindungi" Osama bin Laden.

AS telah meminta sekutunya itu menyiasat tentang bagaimanakah Osama boleh tinggal di satu kawasan yang hanya beberapa kilometer jaraknya dari sebuah akademi tentera dan hanya 56 kilometer dari Islamabad.

Islamabad menafikan sekeras-sekerasnya dakwaan negara itu melindungi Osama yang dikatakan dalang serangan 11 September yang menyebabkan 3,000 nyawa terkorban.

Artikel Lain