suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Siasat Kes Pemerdagangan Bayi

BEIJING: Kerajaan China telah melancarkan siasatan kes penyeludupan bayi yang dilahirkan oleh ibu bapa yang melanggar dasar kawalan populasi, menurut satu sumber rasmi.

Siasatan tersebut dibuat selepas majalah Caixin pada minggu ini melaporkan Jabatan Perancangan Keluarga di wilayah Hunan telah menculik bayi dan mendagangkan mereka untuk dijadikan anak angkat di Amerika Syarikat, Belanda dan Poland.

Kes penyalahgunaan kuasa oleh jabatan itu adalah bukan kali pertama dilaporkan dan perkara berkenaan menonjolkan lagi kelemahan perlaksanaan polisi kawalan kelahiran negara ini.

Seorang jurucakap kerajaan yang hanya dikenali sebagai Tang berasal kawasan Longhui yang banyak berlaku kes sedemikian telah mengesahkan bahawa siasatan dimulakan pada Isnin.

Menurut Caixin, sebanyak 20 orang kanak-kanak dari Longhui telah diambil secara paksa dari keluarga mereka yang dituduh melanggar polisi "satu anak" itu dan mereka didagangkan untuk menjadi anak angkat.

Jabatan Perancangan Keluarga di Longhui dituduh menerima sebanyak USD155 untuk seorang kanak-kanak yang mereka serahkan kepada agensi kebajikan yang kemudiannya mendagangkan kanak-kanak itu di luar negara dengan harga sehingga USD3000 seorang.

Perdagangan wanita dan kanak-kanak terus menjadi masalah yang serius di China dan ahli sociologi menyalahkan polisi "satu anak' negara ini sebagai punca berleluasanya jenayah tersebut.- AFP

Artikel Lain