suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Rakyat Malaysia Ditahan Dalam Rampasan Heroin Di Sydney

MELBOURNE: Dua rakyat Malaysia ditahan dan polis merampas heroin seberat 24 kilogram dengan nilai pasaran A$49 juta di pelabuhan Sydney awal pagi Khamis.

Polis dalam kenyataannya berkata heroin yang dibungkus dalam 145 paket itu ditemui dalam penghantaran barangan perabot rumah di Pelabuhan Botany, Sydney.

Lelaki berusia 30 dan 34 tahun itu dijangka dihadapkan ke mahkamah di Sydney atas dakwaan mengimport dan cubaan memiliki dadah, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Pengarah jenayah terancang pasukan polis NSW Mal Lanyon berkata serbuan itu memberi kesan yang besar kepada pengedaran heroin di Sydney.

Kejayaan itu adalah kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Persekutuan Australia (AFP) dan kastam, katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain