suria

Wanita Pertama Perancis Sah Hamil

BERLIN: Carla Bruni-Sarkozy, isteri kepada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy disahkan hamil, kata bapa presiden itu kepada akhbar German Bild pada Selasa.

"Saya gembira bakal dapat cucu baru," kata Pal Sarkozy, 82.

"Pasangan itu tidak kisah jantina bayi tersebut namun saya yakin itu adalah bayi perempuan, yang cantik seperti ibunya, Carla," tambah beliau.

Sebelum ini satu wawancara antara Carla,42, dengan sebuah stesyen televisyen di sini pada Isnin telah mencetuskan khabar angin bahawa wanita pertama Perancis tersebut sedang hamil.

Pihak wartawan menjangka Bruni akan mengumumkan kehamilannya dalam rancangan temubual tersebut namun beliau bijak mengelak untuk mengesahkan khabar angin itu.

Pengacara rancangan, Jean-Pierre Pernaut tidak terus menyoal tentang desas-desus kehamilan Bruni tetapi meminta pendapat Bruni tentang isu kanak-kanak buta huruf dan selepas Bruni memberikan pendapat beliau, Pernaut terus mengucapkan tahniah di atas kehamilan beliau.

"Saya tahu kamu tidak suka masyarakat bercerita tentang kehidupan peribadi, tetapi saya mahu mengucapkan tahniah kepada kamu," seloroh Pernaut.

Bruni hanya membalas dengan senyuman dan mengucapkan tahniah juga kepada Pernaut tanpa memberitahu mengapa beliau mengucapkan tahniah.

Bekas peragawati dan penyanyi itu mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada tahun 2001 manakala Sarkozy pula mempunyai tiga orang cahaya mata hasil dua perkahwinan beliau sebelum ini. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain