Demonstrasi Di Lubnan: Enam Terbunuh, 71 Cedera - Dunia | mStar

Demonstrasi Di Lubnan: Enam Terbunuh, 71 Cedera

BINT JBEIL: Enam rakyat Palestin terbunuh manakala 71 yang lain cedera ditembak tentera Israel semasa demonstrasi memperingati peristiwa Hari Nakba yang diadakan di sempadan selatan Lubnan, kata sumber dari pihak hospital pada Ahad.

Pasukan tentera keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berada di sempadan itu dikerahkan untuk sekatan maksimum pada semua pihak untuk mengelakkan angka korban lebih banyak serta meningkatkan tahap keselamatan di kawasan tersebut.

"Enam terbunuh manakala 71 yang lain cedera dan 13 daripadanya cedera parah.

"Mangsa yang terbunuh terkena tembakan di muka, perut dan jantung," kata sumber dari hospital Bint Jbeil yang terletak berhampiran dengan sempadan bandar Marun al-Ras. - AFP

Artikel Berkaitan

Artikel Lain