suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Bilateral Berdasarkan Saling Percaya - PM China

BEIJING: Perdana Menteri China Wen Jiabao berkata, sikap saling percaya merupakan unsur paling penting dalam mengekalkan hubungan baik negaranya dengan Malaysia.

Menurut beliau, China tidak akan melupakan peristiwa penting yang membentuk hubungan dua hala dengan Malaysia pada 1974.

"Pertamanya ketika China berada pada saat yang paling sukar, Malaysia adalah negara ASEAN pertama yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.

"Keduanya ketika Malaysia mencadangkan kepada ASEAN 20 tahun lalu supaya mengadakan dialog dengan China," katanya dalam temu bual selama sejam dengan lima wakil media Malaysia dan Indonesia.

Sebelum melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia, Wen ditemu bual oleh wartawan The Star dan Bernama serta tiga wakil media Indonesia di Ziguangge, Zhongnanhai, tempat khas bagi pemimpin China mengadakan pertemuan dengan tetamu asing.

Temubual berkenaan dibuat sebelum lawatan rasminya dua hari ke Malaysia mulai Rabu.

Menurut beliau lagi menerusi sikap saling percaya, Malaysia-China akan meninkmati masa depan yang cerah.

"Seperti kata pepatah China kuno, 'jangan lupa bantuan pihak lain kepada anda'.

"Kami tidak pernah melupakan episod bersejarah antara negara kita, menerusi rasa saling percaya, saya yakin hubungan Malaysia-China akan menikmati masa depan yang sangat cerah," katanya.

Selain itu katanya, kedua-dua negara harus meningkatkan kerjasama perniagaan walaupun Malaysia sudah menjadi rakan perdagangan terbesar China di ASEAN dengan US $ 74.2bil (RM222.6bil) tahun lalu.

"Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah mempertahankan momentum pertumbuhan yang seimbang dan berterusan.

"Namun pada masa yang sama, kita harus meningkatkan ilmu pengetahuan dan teknologi mengenai kandungan barang dagangan kami," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain