suria

Penduduk China Kini Mencecah 1.339 Bilion

BEIJING: Pihak berkuasa bancian Republik Rakyat China memaklumkan pada Khamis bahawa jumlah penduduk negara itu kini telah mencecah 1.339 bilion orang pada tahun lalu - iaitu penambahan seramai 73.9 juta orang dalam tempoh sedekad.

Ini menjadikan China sebagai negara yang paling tinggi jumlah penduduk di muka bumi.

Menurut kajian yang dijalankan itu, dalam tempoh 10 tahun tersebut, penambahan jumlah penduduk China telah melebihi jumlah penduduk Thailand dan lebih ramai daripada jumlah penduduk Taiwan dan Korea Selatan.

Jumlah penduduk China pada tahun 2000 ialah 1.265 bilion orang. Pada bancian rasmi yang pertama yang diadakan pada tahun 1953, jumlah penduduk negara itu dicatatkan pada jumlah 594 juta orang.

China sebelum ini pernah menyatakan bahawa polisi satu keluarga satu anak yang diperkenalkannya pada tahun 1980 telah berjaya mengawal jumlah kelahiran yang dianggarkan 400 juta orang (jika tidak dikawal).

Artikel Lain