suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengundi Singapura Terima Kad Pilihan Raya Pada Jumaat

SINGAPURA: Kira-kira 2.2 juta pengundi Singapura dari 26 kawasan yang ditandingi dijangka menerima kad pilihan raya masing-masing bermula Jumaat.

Jabatan Pilihan Raya berkata semua pengundi yang layak sepatutnya menerima kad pilihan raya masing-masing menjelang 3 Mei.

Undi boleh dilakukan pada 7 Mei dari 8 pagi hingga 8 malam di pusat mengundi yang dinyatakan dalam kad pilihan raya.

Terdapat 732 pusat mengundi disediakan di sekolah, kelab komuniti dan kawasan perumahan dan Lembaga Pembangunan.

Persediaan juga sedang dibuat untuk membantu golongan kurang upaya di pusat-pusat mengundi.

Parti PAP telah berkuasa sejak kemerdekaan Singapura pada 1965.

Pada pilihan raya umum 2006, Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang menerajui PAP memenangi 82 daripada 84 kerusi, termasuk 37 kerusi tanpa bertanding.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain