Budak 12 Tahun Diisytihar Maharaja Jaipur - Dunia | mStar

Budak 12 Tahun Diisytihar Maharaja Jaipur

JAIPUR: Seorang budak berusia 12 tahun, telah ditabalkan sebagai Maharaja Jaipur iaitu sebuah negeri di India yang suatu ketika dahulu diperintah oleh dinasti diraja yang paling berpengaruh dan terkaya di benua kecil itu.

Dalam satu majlis yang penuh dengan adat istiadat turun temurun, Kumar Padmanabh Singh telah dirahmati oleh pendeta dan diberi penghormatan ketenteraan oleh pengawal-pengawal istana.

Pengiktirafan ke atas susur galur diraja dan gelaran diraja termasuk Maharaja Jaipur telah dimansuhkan di India selepas mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1947.

Bagaimanapun ramai keluarga diraja masih dihormati dan 'disembah' di kebanyakan negeri yang pernah berada di bawah pemerintahan diraja.

Datuk kepada Padmanabh Singh iaitu Sawai Bhawani Singh adalah merupakan Maharaja Jaipur yang terakhir kerana beliau sempat memerintah Jaipur sebagai maharaja untuk seketika sebelum gelaran dan kuasa yang ada padanya dimansuhkan oleh kerajaan.

Bhawani Singh meninggal dunia dua minggu yang lalu.

Upacara pertabalan di Jaipur dilihat sebagai satu percubaan oleh keluarga diraja tersebut untuk mengekalkan saki baki sejarah dan tradisi Jaipur yang mereka warisi sejak turun temurun.

Maharaja Jaipur yang baru ditabalkan ini disifatkan sebagai seorang kanak-kanak normal yang agak pintar dalam akademik dan meminati sukan. Beliau bersekolah di sebuah sekolah elit iaitu Mayo College.

"Padmanabh Singh tidak menunjukkan ciri-ciri yang dia ingin menjadi seorang Maharaja...sebaliknya dia adalah seorang yang sangat merendah diri dan berkelakuan sepertimana kanak-kanak yang sebaya dengannya," kata Yash Saxena salah seorang gurunya kepada akhbar Calcutta Telegraph.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain