suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gazprom Firma Gas Terbesar Dunia Catat Untung AS$35.2 bilion

MOSCOW: Gazprom, firma gas terbesar di dunia, pada Khamis melaporkan keuntungan bersih sebanyak 24% atau bersamaan AS$35.2 bilion bagi tahun 2010.

Kata Gazprom lagi, kenaikkan keuntungan itu disumbangkan oleh hasil jualan keseluruhan syarikat yang berjumlah AS$130.7 bilion dollars) termasuk 14% kenaikkan dalam jualan bersih gas yang berjumlah AS$79.4 bilion.

"Sebahagian besar hasil jualan ini adalah kepada bekas-bekas negara Kesatuan Soviet yang membuat permintaan yang tinggi sepanjang tahun lepas," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh firma tersebut.

Gazprom, yang diasaskan pada 1989, pada asalnya adalah firma milik negara dan diswastakan pada tahun 1993.

Bagaimanapun, Kerajaan Rusia masih memegang 50% kepentingan di dalam firma itu.

Artikel Lain