suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ditahan Mahu Bakar Slip Undi

SINGAPURA: Polis menahan seorang lelaki berumur 32 tahun kerana berulang kali menyatakan di Internet bahawa dia mahu membakar slip undinya dan kotak undi pada hari mengundi nanti.

Akhbar tempatan The Straits Times melaporkan polis dalam satu kenyataan berkata polis bahagian Ang Mo Kio menahan rakat Singapura itu di rumahnya di Ang Mo Kio, berdasarkan maklumat yang diterima.

Siasatan mendapati dia juga dipercayai memuatkan komen yang polis sifatkan sabagai "cadangan untuk mencederakan Anggota-anggota Parlimen".

Dia dipercayai memuatkan sekurang-kurangnya tiga mesej seumpama itu.

Lelaki tersebut ditahan di bawah Seksyen 267C Kanun Jenayah Fasal 224 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali. BERNAMA

Artikel Lain