suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keuntungan Shell AS$8.78 Bilion Untuk 3 Bulan Pertama Tahun Ini

LONDON: Syarikat minyak Inggeris-Belanda, Shell mengumumkan keuntungan bersih 60% untuk suku pertama tahun ini hasil daripada lonjakan harga minyak sedunia dan juga penjualan beberapa aset bukan teras.

Keuntungan bersih syarikat minyak itu selepas cukai ialah AS$8.78 bilion (atau Euro 6 bilion) dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini iaitu sehingga Mac, meningkat dari AS$5.48 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Jumlah keseluruhan jualan meingkat 28% iaitu hampir AS$110 bilion," kata Ketua Eksekutif Shell Peter Voser dalam satu kenyataan Khamis.

Shell juga katanya memperolehi sejumlah AS$3.2 bilion hasil daripada penjualan beberapa aset bukan teras termasuk beberapa aset berkaitan gas di Texas Selatan, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, syarikat minyak itu menyatakan, jumlah keseluruhan pengeluaran minyak dan gasnya telah menurun sebanyak 2.5% atau bersamaan dengan 3.504 juta tong minyak sehari sepanjang tempoh berkenaan.

Artikel Lain