suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Terbalik Di Congo, 30 Dikhuatiri Lemas

KINSHASA: Lebih 30 orang dikhuatiri mati lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik di Republik Demokratik Congo, kata seorang pegawai tempatan.

Menurut ketua polis wilayah itu, Jeneral Augustin Luzembo, bot yang membawa muatan barang serta kira-kira 38 penumpang itu terbalik dan tenggelam sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) ketika menyeberangi Tasik Kivu menghala ke pekan Bukavu.

Wakil misi keamanan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak memberitahu angka sebenar kematian namun mengatakan kemalangan itu berpunca akibat cuaca buruk dan angin kencang.

Jurucakap PBB, Alexandre Essome berkata, pihaknya menghantar satu pasukan untuk menyalurkan bantuan di sana.

Kemalangan bot terbalik dan tenggelam merupakan perkara biasa di negara itu memandangkan bot tidak diselenggara dengan sempurna serta sering membawa muatan berlebihan. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain