suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Calon Boleh Mohon Permit Adakan Perjumpaan Mulai Hari Penamaan Calon

SINGAPURA: Polis Singapura berkata calon pilihan raya atau ejen mereka boleh memohon permit daripada polis untuk mengadakan perjumpaan pilihan raya secara terbuka atau tertutup mulai hari penamaan calon.

Hari penamaan calon untuk pilihan raya umum ke-14 negara itu ditetapkan pada 27 April. Mereka boleh mengadakan perjumpaan antara pukul 7 pagi hingga 10 malam mulai hari Khamis 28 April hingga 5 Mei, lapor Channel NewsAsia.

Mereka juga boleh memohon untuk menggunakan kenderaan yang dilengkapi pembesar suara antara pukul 2 petang hingga 10 malam pada Rabu, 27 April; dan antara 7 pagi dan 10 malam dari Khamis, 28 April hingga 5 Mei.

Stesen televisyen tempatan itu dipetik berkata perjumpaan pilihan raya secara terbuka hanya boleh diadakan di kawasan tertentu seperti yang dinyatakan dalam permit.

Senarai kawasan itu akan dipamerkan oleh polis selepas tamat penamaan calon. Permit untuk perjumpaan secara terbuka akan dikeluarkan berdasarkan siapa yang memohon dahulu.

Permohonan mesti juga disertakan dengan kebenaran pemilik premis atau kawasan terbabit.

Perjumpaan tertutup pula perlu diadakan di kawasan pilihan raya yang ditandingi calon berkenaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain