suria

Pilihan Raya Tentukan Negara Terus Maju - Kuan Yew

SINGAPURA: Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew berkata keputusan pilihan raya umum yang lepas sejak 1959 telah menjadikan negara itu seperti sekarang ini.

Beliau berkata setiap pilihan raya umum 'adalah pilihan yang dibuat secara serius oleh rakyat', penentu sama ada sesebuah negara itu berkembang maju atau sebaliknya.

Pada Sabtu, Lee mengambil kesempatan pada majlis Hari Keluarga Tanjong Pagar berucap tentang asas kejayaan Singapura. Ini termasuk penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan polisi kerajaan yang menetapkan pelbagai kaum tinggal di rumah pangsa awam.

Saluran televisyen tempatan, Channel NewsAsia melaporkan Lee, 87, telah mengesahkan akan bertanding bagi Kawasan Pilihan Raya Kumpulan Tanjong Pagar pada pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Lee berkata beliau pertama kali memenangi kerusi di Tanjong Pagar pada Mei 1955 dan telah menyaksikan kawasan berkenaan membangun dalam tiga generasi.

Mengulas mengenai kebimbangan pengundi berhubung pekerja asing, Lee berkata:

"Perlu diingat kita memerlukan 900,000 pekerja asing yang memiliki permit kerja untuk tempoh dua tahun," katanya.

Beliau berkata mereka melakukan kerja yang rakyat Singapura tidak mahu lakukan dan pekerja asing itu tidak tinggal di situ secara tetap. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain