suria

Kemiskinan Paksa Pekebun Kelapa di India Jual Bayi

CHENNAI: Akibat desakan wang, para pekebun kelapa terpaksa menjual bayi mereka di Karnataka, pusat bagi sektor IT terkemuka India, bagi memenuhi keperluan hidup, kata satu laporan media.

Dengan bantuan orang tengah yang kejam, bayi-bayi dari sebuah perkampungan di daerah Tumkur, di luar ibu negeri Karantaka, Bangalore, dijual antara 6,000 dan 8,000 rupee (RM444 to RM592).

Sekurang-kurangnya enam bayi baru, milik para pekebun yang terdesak akibat kesempitan hidup, dijual kepada keluarga orang kaya pada minggu lepas.

Menurut polis tempatan, sejak enam bulan lepas sekurang-kurangnya 20 kes dilaporkan di negeri ini, kebanyakan merupakan bayi lelaki yang baru dilahirkan manakala yang lain di bawah umur empat tahun.

"(Suami) dia membunuh diri selepas kehilangan kerja dalam sebuah syarikat pengeluaran kelapa kering. "Keluarga iparnya mengusir dia bersama bayinya yang berumur dua bulan keluar rumah. Dia berkeliaran di bandar lebih dua bulan dan menjual sayur-sayuran," kata seorang pekerja sosial S.Channabasappa kepada media.

Pengeluaran kelapa merosot musim lepas dan ini menyebabkan para pekebun menganggur dan menghadapi masalah kewangan yang teruk di negeri ini.

Suruhanjaya Negeri Karnataka bagi perlindungan hak asasi bayi meletakkan kemiskinan di kalangan pekebun atas amalan yang kejam itu di mana para keluarga terpaksa menjual anak-anak mereka dengan harga yang rendah.

"Akibat kemiskinan atau mempunyai anak yang ramai menyebabkan banyak keluarga terdesak menyerahkan kanak-kanak itu untuk dijual jika mereka tidak mempunyai sokongan keselamatan sosial," kata pengerusi suruhanjaya itu Nina Nayak.

Menteri bagi Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak negeri itu P. M. Narendraswamy telah mengarahkan satu inkuiri dijalankan berhubung kegiatan penjualan bayi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain