suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Ucap Tahniah Kepada Raja Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan tahniah kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud sempena ulangtahun kelima pemerintahan baginda.

Najib membuat satu panggilan telefon pada 12.35 malam semalam dan berbual dengan Raja Arab Saudi itu kira-kira 12 minit, kata seorang jurucakap perdana menteri.

"Perdana Menteri turut melahirkan keyakinan bahawa Arab Saudi akan terus mencapai kejayaan cemerlang di bawah kepimpinan Raja Abdullah," katanya.

Najib juga mengucapkan terima kasih kepada Raja Abdullah, yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, kerana membantu menyediakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia mengerjakan ibadat haji dan umrah.

Malaysia adalah satu-satunya negara yang diberikan visa oleh kerajaan Arab Saudi bagi mengerjakan umrah selepas musim haji. Kedua-dua pemimpin turut menyentuh mengenai usaha mengukuhkan hubungan dan meluaskan kerjasama ekonomi, kata jurucakap itu. -BERNAMA

Artikel Lain