suria

Warga Switzerland Dibebaskan di Selatan Filipina

ZAMBOANGA: Seorang warga Switzerland yang diculik oleh anggota militan Islam di Selatan Filipina, April lalu, hari ini dibebaskan.

Sumber polis dan tentera menyebut, Carl Rieth,72, dibebaskan di sebuah kampung nelayan di selatan pelabuhan Zamboanga.

“Dia dibebaskan jam 3 pagi dan kini masih dalam kawalan polis," kata sumber polis. Pembebasannya muncul seminggu selepas video mengenai mangsa disebarkan ahli keluarganya dengan penculik menunjukkan seorang lelaki yang merayu dia dibebaskan.

Dalam video itu, Rieth dan seorang lagi rakannya merayu sekurang-kurangnya AS$435,000 sebagai nilai tukaran pembebasannya.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada wang berkenaan dibayar untuk pembebasannya hari ini.

Rieth, seorang ahli perniagaan dan sudah lama menjadi penduduk di Zamboanga, ditahan lelaki yang bersenjata di kediamannya yang menghadap laut pada 4 April lalu. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain