suria

Pertimbang Semula Hubungan Malaysia Dengan Israel - OIC

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menggesa negara-negara anggota yang mempunyai hubungan dengan Israel mempertimbang semula hubungan itu, berikutan serangan Israel ke atas kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatakan sembilan sukarelawan terkorban baru-baru ini.

Setiausaha agung OIC Professor Ekmeleddin Ihsanoglu berkata cadangan itu adalah satu daripada usul yang dicapai di Mesyuarat Eksekutif Menteri-menteri OIC di Jeddah Ahad lepas.

Usul lain ialah mendesak supaya ditamatkan sekatan ke atas Gaza; diadakan sidang pakar-pakar undang-undang; diadakan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di bawah judul "Bersatu untuk Perdamaian" dan diambil tindakan dan sekatan terhadap Israel, katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ekmeleddin berada di Malaysia untuk menerima anugerah kehormat Doktor Falsafah dalam Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hari ini.

Beliau akan juga mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Parlimen. -BERNAMA

Artikel Lain