suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Republik Czech, Malaysia Eratkan Kerjasama Dua Hala

KUALA LUMPUR: Republik Czech dan Malaysia bersetuju untuk mengeratkan kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan tinggi, pelancongan, perdagangan, pelaburan dan pertahanan.

Perkara tersebut dicapai dalam lawatan Timbalan Menteri Luar Pertama republik itu Helena Bambasova ke negara ini sejak Rabu lepas, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini.

Menurut kenyataan itu, Malaysia mempunyai hubungan yang rapat dengan republik itu dan jumlah perdagangan kedua-dua buah negara pada tahun lepas adalah sebanyak RM806.6 juta.

Semalam, Bambasova turut mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Menteri Luar negara ini Datuk Richard Riot Jaen untuk meneliti status hubungan dua hala kedua-dua negara serta mesyuarat dua hala bagi berkongsi pendapat dalam isu-isu serantau dan antarabangsa.

Turut dibangkitkan kedua-dua negara semasa lawatan itu adalah cadangan lawatan Menteri Luar republik itu ke negara ini pada tahun hadapan bagi meraikan ulangtahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Lawatan Bambasova akan berakhir esok. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain