suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 Maut Pesawat Terhempas di Sydney

SYDNEY: Sekurang-kurangnya dua terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas di atas jalan raya sebelum meletup berhampiran sebuah sekolah rendah, di sini.

Polis berkata, pesawat berkenaan terpaksa terbang rendah sebaik berlepas dari lapangan terbang Bankstown dan berjaya daripada melanggar deretan rumah serta sebuah kereta dengan tiga kanak-kanak di dalamnnya.

“Beberapa kereta berhampiran rosak teruk dan apa yang ajaib tiada rumah atau sekolah berhampiran dilanggar pesawat ini," kata Superintenden Ray King.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 8.10 pagi waktu tempatan itu, pesawat terbabit terhempas berdekatan sub-stesen janakuasa sebelum terbakar.

“Ketika ini kita mengesahkan sekurang-kurangnya dua penumpang pesawat maut,' katanya.

Nahas itu juga menyebabkan bekalan elektrik tergendala di bandar terbabit mengakibatkan ribuan kediaman, lampu trafik di jalan raya dan lebuh raya berhampiran. - AFP

Artikel Lain