suria

Kashmir Masih Menunggu Penyelesaian Damai

SRINAGAR: Jalan penyelesaian yang belum menjelma bagi merungkai konflik selama 20 tahun di Kashmir, wilayah ini dikatakan akan terus terjerumus ke dalam konflik politik yang akan memundurkan lagi pertumbuhan ekonominya.

Seorang pemimpin pembangkang dari Parti Demokratik Rakyat (PDP) berkata wilayah yang sememangnya kaya dengan sumber aslinya itu sudah lama menderita ekoran ketidatentuan politik, tanpa kelihatan sebarang jalan penyelesaian.

"Wujud kekeliruan di Kashmir sejak serangan Mumbai (Nov 2008), keadaan tidak bergerak-gerak (perbincangan damai antara India dengan Pakistan).

"Tiada sebarang cadangan untuk menyelesaikan masalahnya," kata Presiden PDP, Mehbooba Mufti kepada Bernama.

Kashmir telah menjadi kempen ketenteraan sejak 1989. Ribuan nyawa telah hilang disebabkan pemberontakan dan penindasan yang korbannya termasuklah orang awam, anggota keselamatan India, Pakistan serta pihak militan.

PDP mahukan Kashmir diberi pemerintahan sendiri bagi menamatkan pertelingkahan, tetapi ramai pihak yang berkepentingan menentang hasrat itu.

"Apa yang kami perlukan adalah sangat holistik, penyelesaian mutlak untuk rakyat Kashmir. Kami perlu politik dan ekonomi yang kuat untuk bergerak selari dengan dunia global.

"Semua halangan perlu diketepikan," kata anak perempuan Mufti Mohammad Sayeed, bekas ketua menteri Jammu dan Kashmir. -BERNAMA

Artikel Lain