suria

Jemaah Haji Malaysia Mula Pulang Esok

MEKAH: Jemaah haji Malaysia mula pulang esok dengan penerbangan pertama dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah pada 7 pagi waktu tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia).

Menurut jurucakap Tabung Haji di sini, pesawat sewa khas itu yang membawa seramai 450 orang jemaah haji dijangka tiba di KLIA pada 8.40 malam esok.

Penerbangan kedua pula dijangka berlepas pada 3 petang (8 malam waktu Malaysia) dan dijangka tiba di KLIA pada 7.55 pagi Jumaat.

Penerbangan terakhir yang membawa pulang jemaah haji Malaysia dijangka berlepas pada 2 Januari nanti.

Seramai 26,000 rakyat Malaysia menunaikan ibadat haji musim ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain