suria

Negara Asean Perlu Perjanjian Anti-Perlumbaan Senjata - Tun Mahathir

LANGKAWI: Satu perjanjian antiperlumbaan senjata perlu dirangka Asean bagi mengelak berlaku perlumbaan senjata antara negara anggotanya sekaligus dapat mengurangkan beban kos perbelanjaan senjata yang semakin meningkat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata perlumbaan senjata tidak seharusnya berlaku terutama di tengahtengah keadaan krisis ekonomi dunia yang agak membimbangkan.

"Kalau tidak mahu perlumbaan senjata, mesti ada perjanjian antara negaranegara (Asean) yang mereka tidak akan menambah keupayaan mereka, baru kita boleh kurangkan (pembelian senjata) tetapi kalau kita sahaja yang kurangkan kemampuan kita manakala orang lain terus menambah keupayaan, mungkin kita akan dijadikan sasaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2009 (Lima 2009) yang bermula hari ini.

Ditanya pendapatnya mengenai perlumbaan senjata, Mahathir berkata beliau berpandangan bahawa kos perbelanjaan senjata kini semakin tinggi dan kebanyakan negara tidak mampu, sedangkan apa yang di belanjakan itu tidak akan dapat pulangan melainkan kalau ada perang.

Sementara itu Mahathir yang juga pencetus ilham LIMA berkata, syarikatsyarikat tempatan dilihat menunjukkan peningkatan teknologi yang cukup ketara berbanding tahuntahun sebelumnya.

"Saya gembira kerana kita dapat juga buat LIMA tahun ini walaupun dunia dalam keadaan cemas, di mana penyertaan tidak seperti dahulu tetapi yang menariknya, penyertaan syarikatsyarikat tempatan nampak sudah begitu maju dalam pelbagai bidang termasuk elektronik dan ini adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan," katanya.

Lima yang berakhir Sabtu ini menyaksikan penyertaan 37 peratus daripada 325 pempamer adalah syarikat tempatan, di mana National Aerospace & Defence Industries Sdn Bhd adalah pempamer terbesar di kalangan syarikat tempatan.

Menyentuh tentang kenderaan "Unmanned Aerial Vehicles (UAVs)", Mahathir berkata syarikatsyarikat tempatan kini mampu mengeluarkan produk setanding dengan pengeluar antarabangsa dan boleh dieksport ke negara luar termasuk Australia.

Semalam Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penggunaan kenderaan UAV adalah satu kos efektif dan merupakan platform yang sesuai bagi menjalankan pemantauan maritim.

Beberapa syarikat tempatan termasuk Sapura dan Composite Technology Research Malaysia (CTRM) mencipta dan menguji UAVs mereka sendiri. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain