suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Trak Dan Pembantunya Ditembak Mati Di Selatan Thailand

HATYAI: Seorang pemandu trak bersama pembantunya dari Bangkok maut selepas ditembak sebelum dibakar dalam satu serangan di Pattani, salah sebuah daripada wilayah bergolak di selatan Thailand, pagi ini.

Menurut jurucakap polis kedua-dua pemandu itu sedang membawa 60 motosikal baru untuk dihantar ke bandar sempadan di Sungai Golok di Narathiwat apabila mereka diserang sekumpulan lelaki.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa trak itu sedang melalui kawasan perkampungan Lahan di daerah Saiburi pada kira-kira pukul 6 pagi.

Katanya Nai Somsak Laitong dan pembantunya Naikoi Kiamtong, kedua-duanya berumur 38 tahun dari wilayah Surin, maut selepas trak mereka ditembak oleh sekumpulan penyerang ketika melalui kawasan itu.

Apabila trak itu berhenti, penyerang itu terus membakar trak berkenaan bersama kedua-dua lelaki di dalamnya.

Lebih 3,500 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah memulakan kembali kempen bersenjata pada Januari 2001 bagi mendapatkan kemerdekaan buat wilayah majoriti kaum Muslim di Narathiwat, Pattani dan Yala. BERNAMA

Artikel Lain