suria

Jenazah Muntik Hani dihantar pulang ke Indonesia hari ini

SEPANG: Jenazah pembantu rumah warga Indonesia yang meninggal dunia dipercayai akibat didera majikan Isnin lepas selamat dihantar pulang ke negara asal untuk dikebumikan hari ini.

Jenazah Muntik Hani, 36, yang diiringi staf Kedutaan Indonesia di Malaysia dihantar dengan penerbangan M871 pada 8.15 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Surabaya dan tiba pada pukul 9.55 pagi sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.

Setiausaha Ketiga Jabatan Penerangan, Sosial dan Kebudayaan kedutaan itu, Soneta Asmara ketika dihubungi Bernama mengesahkan penghantaran jenazah itu.

Isnin lepas, Mantik meninggal dunia selepas ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka hampir seluruh badan, dipercayai didera oleh majikannya di dalam tandas sebuah rumah di Taman Sentosa, Klang, Selangor.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak dimasukkan ke hospital itu 20 Okt lepas. - BERNAMA

Artikel Lain