Pelajar perubatan Malaysia terbunuh dalam kemalangan di Salem - Dunia | mStar

Pelajar perubatan Malaysia terbunuh dalam kemalangan di Salem

CHENNAI: Seorang pelajar perubatan tahun tiga dari Malaysia, Fatimatussolihah Aziz dan dua rakannya warga India terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka petang semalam.

Pemandu kereta yang hanya dikenali sebagai Dr Sabree dan seorang lagi warga India, R. Sree Kumaran meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi pelajar warga India, Dr Mohseen, cedera parah dalam kemalangan itu.

Fatimatussolihah, 22, yang berasal dari Kuala Terengganu, sedang mengikuti pengajian di Vinyaka Mission Dental College di Salem, kira-kira 400km dari Chennai.

Kemalangan itu berlaku apabila pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka yang terletak kira-kira 20km dari kolej itu, apabila sebuah bas penumpang tiba-tiba merempuh bahagian belakang kenderaan mereka, di sebatang jalan yang sedang dalam pembinaan. Kereta Suzuki Maruti yang mereka naiki remuk akibat kemalangan itu.

"Pelajar Malaysia itu meninggal dunia di tempat kejadian. Pejabat Konsul Besar di Chennai sedang melakukan persiapan untuk membawa pulang mayat pelajar berkenaan ke Malaysia hari ini," kata Khairudin Abdullah, kaunselor pendidikan Malaysia yang berpusat di Chennai, kepada Bernama hari ini.

Mayat itu dibawa ke Bangalore, iaitu lapangan terbang yang paling hampir, dan akan diterbangkan ke Malaysia lewat malam ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain