suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Festival makanan daun pisang konsep 1Malaysia sempena Deepavali di London

LONDON: Buat julung kalinya sebuah restoran Malaysia yang beroperasi di London sejak empat tahun lepas akan menganjurkan "Festival Makanan Daun Pisang" berkonsepkan gagasan 1Malaysia bersempena perayaan Deepavali.

Pemilik Restoran Awana Eddie Lim berkata festival tersebut dianjurkan buat pertama kali bagi mempromosikan makanan tempatan masyarakat Malaysia di Kota London serta meraikan perayaan Deepavali selaras dengan gasasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Walaupun Restoran Awana memangnya menyajikan makanan tempatan Malaysia yang halal sejak mula beroperasi pada 2005, namun penganjuran festival ini adalah salah satu usaha untuk mendekatkan lagi makanan tempatan Malaysia di kalangan masyarakat tempatan di sini dan juga para pelancong," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata usaha mempromosikan pendekatan 1Malaysia bermula dengan perpaduan di kalangan para pelanggan yang datang ke sini, dan sambil menjamu selera, mereka dapat merasakan dan juga menghayati keunikan Malaysia serta konsep 1Malaysia.

Restoran Awana yang beroperasi di 85 Sloane Avenue, London akan menganjurkan Festival Makanan Daun Pisang bermula hari ini hingga 21 Okt.

Artikel Berikut

Artikel Lain