suria

Sepuluh terbunuh dalam kemalangan tren penumpang Thailand

BANGKOK: Kesemua perkhidmatan tren hala ke selatan, termasuk perkhidmatan harian tren penumpang BangkokPulau Pinang, digantung selepas 10 penumpang terbunuh dan 65 orang cedera apabila sebuah tren tergelincir di Hua Hin, selatan Bangkok awal hari ini.

Thanongsak Phongprasert, ketua Pusat Selatan State Railways of Thailand (SRT), berkata perkhidmatan ke Pulau Pinang dan Sungai Golok di sempadan ThaiMalaysia di Narathiwat mungkin diteruskan semula pada Selasa.

"Ini bergantung kepada secepat manakah landasan boleh dibersihkan," katanya ketika dihubungi di Hatyai.

Gabenor SRT, Yutthana Thapcharoen memberitahu pemberita di Bangkok bahawa pekerja penyelamat telah pun menjumpai mayat tujuh wanita dan dua lelaki, manakala seorang lagi penumpang masih terperangkap dalam sebuah gerabak.

Dalam kejadian yang berlaku semasa hujan lebat kira-kira 4.45 pagi di stesen Khao Tao, 10 daripada 15 gerabak tergelincir.

Tren itu berlepas dari Trang kirakira 5.20 petang Ahad dan dijadual tiba di ibu negara ini pada 8.25 pagi Isnin. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

Tujuh terbunuh dalam kemalangan tren penumpang Thailand

BANGKOK: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan lebih 100 cedera apabila tren penumpang tergelincir di Hua Hin, selatan Bangkok awal hari ini.

Berita online The Nation melaporkan kesemua yang maut adalah wanita.

Dalam kejadian yang berlaku ketika hujan lebat pada kira-kira 4.45 pagi di stesen Khao Tao, 10 daripada 15 gerabak tergelincir.

Tren itu berlepas dari Trang pada 5.20 petang Ahad dan dijadual tiba di ibu negara pada 8.25 pagi Isnin. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Burj Dubai siap 2009 ikut jadual

Artikel Lain