suria

Burj Dubai siap 2009 ikut jadual

DUBAI: Bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai, mengikut jadual untuk siap akhir tahun ini, demikian menurut pemajunya, Emaar Properties.

Ketinggian akhir menara kegunaan bercampur yang mengandungi kediaman, suite korporat serta Armani Hotel and Armani Residences yang pertama di dunia, akan diumumkan apabila Burj Dubai dibuka akhir tahun ini. Emaar mengumumkan beberapa angka dan fakta yang mengagumkan mengenai pembinaan menara itu, yang kini pada ketinggian lebih 800 meter di pusat projek mega Downtown Burj Dubai.

Keseluruhan berat aluminium yang digunakan bagi lapisan pelindung bahagian luar struktur tinggi itu bersamaan dengan lima pesawat A380, dan jumlah panjang besi keluli ialah 293 kali ketinggian Menara Eiffel di Paris.

Sejumlah 103,000 meter persegi kaca digunakan dalam panel pelindung yang boleh meliputi 14 padang bola sepak dan 15,500 meter persegi besi keluli dengan ukiran yang digunakan boleh meliputi 34 gelanggang bola keranjang yang diperakui Persatuan Bola Keranjang Nasional.

Jumlah panjang gasket pula ialah 2,050,000 meter linear, yang jika diukur hujung ke hujung ialah kira-kira jarak antara Dubai ke ibu negara Syria, Damascus yang berada pada 2,052 kilometer.

Lapisan perlindungan luar Burj Dubai siap baru-baru ini, dengan rekod dunia pemasangan tertinggi permukaan aluminium dan kaca, kata Emaar. Panel lapisan pelindung yang ke24,348 itu, seberat 750 kilogram dipasang pada ketinggian lebih 662 meter. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain