PADANG: Pasukan penyelamat menyambung semula usaha-usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang berlaku di sini rabu lepas.Bantuan untuk memindahkan beribu-ribu mangsa yang terselamat sedang giat dilakukan. Bilik operasi menyelamat di sekitar kawasan yang mempunyai penduduk seramai 900,000 ribu orang itu mengalami masalah gangguan bekalan elektrik dan kekurangan peralatan untuk mengalihkan runtuhan bangunan.Gempa bumi pada 7.6 skala richter yang berlaku di Sumatera barat, meranapkan beribu-ribu bangunan dan kediaman di wilayah itu.Setakat ini jumlah kerugian sebenar dan mangsa yang terkorban masih belum dapat dipastikan.Bagaimanapun, angka rasmi yang diberikan oleh Kementerian di Indonesia sehingga kini mengesahkan seramai 529 orang telah terkorban dalam kejadian itu dan dijangka akan terus meningkat.Seramai 2,181 orang dilaporkan cedera dan 2,650 bangunan mengalami kerosakan.Australia, Korea Selatan dan Jepun adalah antara negara yang paling awal menghantar bantuan.Kekurangan minyak, makanan dan air Beberapa laluan jalan raya di wilayah itu terputus akibat kejadian tanah runtuh.Penduduk dilaporkan mengalami masalah mencari minyak, minuman yang bersih dan makanan kerana kebanyakan kedai-kedai tidak lagi beroperasi akibat terputus bekalan.Keadaan di Pariaman, kawasan yang paling dekat dengan pusat gempa bumi, merupakan kawasan yang paling terjejas teruk, dimana kesemua bangunan hampir runtuh.Presiden Susilo Bambang Yudhoyono bergegas terbang ke wilayah yang mengalami kemusnahan selepas menghadiri sidang kemuncak G20.Satu lagi gempa bumi pada 6.6 skala richter melanda pulau Sumatera semalam, tetapi tiada kematian dilaporkan. REUTERS