suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlebih dos pil seks sebabkan lelaki Malaysia maut di Sadao

BANGKOK: Hasrat seorang lelaki Malaysia berusia 52 tahun untuk mencari hiburan di seberang sempadan berakhir dengan tragedi bila mayatnya ditemui di bilik sebuah hotel di Sadao, Thai Selatan pada Rabu.

Lelaki itu yang datang ke bandar sempadan itu semalam, dipercayai mati akibat mengambil pil perangsang seks berlebihan.

Maj. Polis Phichet Channoo dari balai polis Sadao di wilayah Songkhla, memberitahu media tempatan bahawa lelaki itu menginap bersama seorang teman wanita Thai di bilik hotel itu di Soi Thaijungloan.

Teman wanitanya itu memberitahu polis bahawa mereka berdua mengunjungi sebuah bar malam tadi sebelum pulang ke bilik hotel mereka.

"Bila beliau bangun pagi ini, lelaki itu telahpun mati. Beliau memberitahu kami bahawa lelaki itu suka mengambil pil perangsang," kata Pichet. BERNAMA

Artikel Lain