suria

Dunia perlu kekalkan rangsangan ekonomi, kata Menteri Australia

MELBOURNE: Pemimpin dunia perlu mengekalkan sokongan bagi pendekatan rangsangan ekonomi dalam tempoh yang mencabar akan datang, kata menteri bertanggungjawab terhadap perbelanjaan dan hasil kerajaan Australia, Wayne Swan.

Swan, yang menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Pittsburgh, Amerika Syarikat pada Selasa berkata campur tangan G20 melalui keputusannya pada November tahun lepas dan Mac tahun ini menghalang bencana ekonomi global.

"Pakej rangsangan ekonomi yang disediakan di negara-negara di seluruh G20, pelbagai campur tangan kewangan di negara lain apabila ia berkait dengan sistem kewangan mereka, yang telah mengelak kejadian ekonomi yang besar dalam ekonomi dunia," kata Swan kepada pemberita di Sydney.

"Namun begitu, masih terdapat cabaran besar di hadapan," katanya.

Minggu lepas Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) menyatakan bahawa masih terdapat tinjauan masa depan yang suram untuk pekerjaan dan peningkatan penggangguran di negara-negara OECD, katanya.

"Sebab itulah adalah penting melalui mesyuarat di Pittsburgh ini, pemimpin global mengekalkan sokongan mereka untuk pakej rangsangan ekonomi dan juga mengadakan perbincangan penting mengenai keadaan pertumbuhan global memandangkan kita bergerak ke arah pemulihan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain