suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umat Islam di New Zealand sambut raya Isnin ini

WELLINGTON: Umat Islam di New Zealand akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Isnin ini, menurut Persatuan Gabungan Islam New Zealand (Fianz) semalam.

"Anak bulan tidak kelihatan. Oleh itu Aidilfitri akan disambut pada Isnin, 21 Sept," kata persatuan itu dalam laman webnya Fianz.co.nz.

Kelmarin, baGi pihak Jawatankuasa Hilali Fianz, Sheikh Mohammad Amir mengingatkan umat Islam di negara ini supaya memerhatikan anak bulan Syawal semalam, bersamaan 29 Ramadan 1430 Hijrah.

Tinjauan Bernama mendapati Sheikh Mohammad Amir, iman di Pusat Islam Wellington, Kilbirnie, di sini, juga memimpin umat dalam mengerjakan sembahyang akhir tarawih sempena bulan Ramadan.

Kira-kira 30,000 orang merangkumi 42 negara daripada jumlah 3.9 juta penduduk New Zealand adalah beragama Islam.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dijangka mengadakan sembahyang Hari Raya dan majlis perhimpunan di kalangan rakyat Malaysia di premisnya Isnin ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain