suria

Gempa bumi: Semua pelajar Malaysia di Bali selamat

JAKARTA: Semua 239 pelajar Malaysia di Bali disahkan berada dalam keadaan selamat dan tidak terlibat dalam kejadian gempa bumi di pulau peranginan itu yang terjadi pada pukul 6.06 pagi ini waktu Indonesia Barat.

Gempa berukuran 6.4 pada skala Richter (SR) itu berpusat di 101 kilometer ke tenggara Nusa Dua, dengan kedalaman 36 kilometer.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar berkata sebaik menerima panggilan daripada beberapa pemimpin pelajar yang merasakan gegaran gempa bumi itu, MSD telah menghubungi para pelajar Malaysia di pulau itu untuk mengesahkan keadaan mereka.

"Alhamdulillah, semua berada dalam keadaan selamat dan tidak terlibat walaupun banyak yang dapat merasakan gegaran yang kuat ketika itu," katanya kepada BERNAMA di sini hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah pelajar yang berada di Bali, kirakira 80 orang telah memaklumkan yang mereka sudah pulang ke Malaysia untuk menyambut Aidilfitri.

Laporan Badan Meteorologi, Cuaca dan Geofisik Indonesia berkata gempa bumi berukuran 6.4 SR juga terjadi dan dirasakan di perairan Maluku Utara pada pukul 1.34 pagi waktu Indonesia Barat berpusat di kilometer 117, Barat Laut TernateMaluku Utara.

Sementara itu, mengenai sambutan Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia di sini, yang dijangka esok (bergantung pengumuman rasmi pihak berkuasa Indonesia malam ini mengenai tarikh sebenarnya), Dr Junaidi berkata para pelajar di Jakarta akan menunaikan solat sunat Aidilfitri di kedutaan.

"Mereka akan menyertai ratusan rakyat Malaysia yang lain bersamasama menunaikan solat sunat Aidilfitri di kedutaan dan menikmati hidangan hari raya serta bersilaturrahim," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain