suria

Kematian Noordin tampan besar kepada JI - Rudd

MELBOURNE: Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa Indonesia berikutan terbunuhnya Noordin Mohammad Top, dan menyatakan kematian pengganas yang paling dikehendaki itu adalah satu kejayaan besar.

Rudd berkata kematian Noordin itu boleh melumpuhkan kumpulan Jemaah Islamiah (JI), iaitu kumpulan yang bertanggungjawab dalam siri serangan membabitkan rakyat Australia, termasuk kejadian pengeboman di Bali pada 2002.

Beliau berkata Noordin bertanggungjawab dalam beberapa serangan membabitkan rakyat Australia di Indonesia.

"Ini adalah berita baik dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa keselamatan Indonesia atas kejayaan mereka," katanya kepada Radio ABC pada Jumaat.

"Ini adalah satu operasi yang sangat sukar dan memakan masa yang lama dan pujian patut diberi kepada Indonesia yang berjaya melaksanakannya melalui agensi keselamatan mereka".

Noordin, yang dianggap pengganas nombor 1 Asia dan perancang dalam beberapa siri serangan, terbunuh dalam satu serbuan polis di tempat persembunyian kumpulan militan JI di Solo, Jawa Tengah, pada Khamis. BERNAMA

Artikel Lain