suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong baju merah dan kuning berarak di dua tempat secara berasingan

BANGKOK: Penunjuk perasaan "Baju Merah" dan "Baju Kuning" mengadakan perarakan di dua tempat berasingan sejauh 560km antara satu sama lain hari ini.

Satu kumpulan mengadakan perarakan untuk memperingati ulang tahun ketiga rampasan kuasa yang menggulingkan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra manakala satu lagi kumpulan bertempur dengan penduduk kampung di sepanjang sempadan dengan Kemboja.

Beberapa ribu penyokong "Baju Merah" dari Barisan Bersatu Untuk Demokrasi Menentang Diktator (UDD) berhimpun dalam hujan lebat di Plaza Royal berdekatan dengan pejabat Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva di sini dengan menuntut penyingkiran kerajaan yang disokong oleh tentera.

Perhimpunan itu, yang dikawal oleh ribuan anggota polis skuad anti rusuhan dan anggota tentera yang mengawal rumah Abhisit dan kemudahan kerajaan penting yang lain, adalah bagi memperingati penyingkiran Thaksin pada 19 Sept 2006.

"Kami di sini untuk memperjuangkan demokrasi, hak rakyat dan mahu Abhisit menyerahkan semula kuasa kepada rakyat. Kami bukan hendak mencetuskan kekacauan," kata ketua UDD Veera Musigapong.

Di wilayah Si Sa Ket, sempadan dengan kemboja, ribuan penyokong berbaju kuning cuba memasuki kuil kuno Preah Vihear yang menjadi titik tengah perbahasan hangat antara Kemboja dan Thailand.

Laporan media tempatan menyebut kira-kira 4,000 penunjuk perasaan menaiki lebih 500 pelbagai jenis kenderaan tiba di wilayah itu untuk berarak ke taman negara Khao Phra Viharn di mana terletak kuil tersebut.

Pakatan Demokrasi Rakyat (PAD) mahu kerajaan Kemboja menarik balik anggota tentera dari kawasan sempadan yang dipertikaikan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain