suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setiausaha Agung OIC harapkan era baru keamanan, toleransi

DUBAI: Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu melahirkan harapan agar semua penduduk di dunia ini dapat hidup dalam era baru yang aman dan saling bertoleransi dan dalam sebuah dunia baru di mana kesucian nyawa manusia dihormati.

Beliau berkata dalam dunia baru itu, maruah dan hak asasi manusia akan dilindungi, kesulitan diatasi, dan pertikaian diselesaikan melalui dialog dan kaedah aman dalam semangat persaudaraan dan kemakmuran.

Harapan itu terkandung dalam perutusan Ihsanoglu sempena sambutan Aidilfitri yang menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada Ramadan bagi umat Islam di seluruh dunia.

Beliau berkata bulan Ramadan adalah bulan keamanan, kedamaian dan keselamatan, apabila umat Islam khususnya akan berusaha untuk memanfaatkan sepenuhnya masa mereka untuk mengerjakan ibadah dan mensucikan diri.

"Malangnya, di bulan suci ini telah menyaksikan pertumpahan darah yang kejam yang dilakukan terhadap mereka yang tidak berdosa sedangkan Islam menghormati nyawa manusia dan mencegah perbuatan cabul seperti itu.

"Saya ingin menyeru umat Islam di seluruh dunia untuk bersatu dalam mengutuk fenomena ini yang telah mencemarkan imej Islam," kata Setiausaha Agung OIC itu.

Nasib penduduk Palestin turut dekat di hati beliau apabila beliau berkata: "Kami memperbaharui gesaan kami kepada negara anggota OIC untuk terus menghulurkan semua bentuk bantuan dan sokongan kepada penduduk Palestin untuk memperkasakan diri mereka dengan iltizam dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan AlQuds sebagai ibu negaranya". BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain