suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia, Australia bincang isu penyeludupan manusia

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Australia hari ini memulakan mesyuarat dua hari tertutup di sini untuk membincangkan masalah penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang.

Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop dan turut disertai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mahmood Adam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan wakilwakil daripada agensi penguatkuasa maritim, Pejabat Peguam Negara, Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Majlis Keselamatan Negara.

Delegasi Australia pula diketuai Duncan Lewis, penasihat keselamatan negara kepada perdana menteri Australia.

Antara agenda perbincangan ialah laporan kedudukan penyeludupan manusia, kerjasama pengawasan dan pengurusan populasi pelarian.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadualkan akan mengadakan sidang media bersama Lewis berhubung mesyuarat tersebut pukul 4 petang hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain