suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia dan Australia bincang isu penyeludupan manusia

KUALA LUMPUR: Masalah Penyeludupan Manusia dan Pemerdagangan Orang yang dihadapi Malaysia serta Australia akan dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan selama dua hari bermula esok.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mahmood Adam berkata Mesyuarat Kumpulan Kerja MalaysiaAustralia itu antaranya membincangkan langkah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi keduadua negara terbabit.

"Mesyuarat dua hari itu adalah lanjutan daripada kunjungan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Australia barubaru ini dan beberapa kertas kerja berhubung isu ini akan dibentangkan dalam mesyuarat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata dalam mesyuarat yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental itu, Australia akan diketuai Penasihat Perdana Menteri untuk Keselamatan Negara, Duncan Lewis.

Delegasi Malaysia pula diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop pada hari pertama diikuti Jelaing Anak Mersat pada hari kedua dan turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Mahmood berkata antara kertas kerja yang akan dibentangkan dalam mesyuarat itu termasuk "Laporan Kedudukan Penyeludupan Manusia", "Kerjasama Aktiviti Pemisahan", "Kerjasama Pengawasan" dan "Pengurusan Populasi Pelarian". BERNAMA

Artikel Lain