Malaysia yakin maju di bawah Najib, Australia diberitahu - Dunia | mStar

Malaysia yakin maju di bawah Najib, Australia diberitahu

MELBOURNE: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Datuk Salman Ahmad memberi jaminan kepada rakyat Australia bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh dan cukup berkeyakinan yang mampu memberi manfaat kepada negara.

"Landskap politik mungkin telah berubah, tetapi kerajaan kini 'kembali bertenaga' selepas peralihan kuasa dari perdana menteri sebelumnya kepada Datuk Seri Najib," kata Salman pada majlis jamuan gala di Adelaide malam tadi bersempena sambutan ulang tahun ke52 kemerdekaan Malaysia.

Majlis dianjurkan oleh Majlis Perniagaan Australia Malaysia (AMBC), Chapter South Australia (As) diketuai presidennya Sathish Dasan.

"Dengan pengalaman 33 tahun dalam kerajaan, memegang pelbagai jawatan menteri, Datuk Seri Najib amat sesuai memegang jawatan Perdana Menteri.

"Dasar-dasar akan kekal, sementara beberapa perubahan asas diperkenalkan demi menjadikan Malaysia kekal sebagai destinasi menarik pelaburan".

Salman berkata kerajaan Malaysia siap sedia untuk "membawa negara keluar dari sangkar pendapatan menengah kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020".

"Dengan melonggarkan beberapa peraturan, kami percaya ini akan mengangkat kedudukan nilai Malaysia sebagai tempat untuk menjalankan bisnes dan pelaburan".

Majlis itu dihadiri oleh kira-kira 250 jemputan termasuk Attorney General South Australia dan Menteri Hal Ehwal Pelbagai Budaya Michael Atkinson; Lieutenant Governor SA, Hieu Van Le; bekas gabenor Sir Eric Neal dan Timbalan Ketua Pembangkang Steven Griffiths.

Salman turut mengucapkan terima kasih kepada South Australia kerana membuka pintunya kepada pelajarpelajar Malaysia sejak zaman Rancangan Colombo lagi.

"South Australia terkenal dengan pusat pengajiannya dan sentiasa terkedepan dalam mendidik remaja Malaysia dan kami berterima kasih atas hal ini," kata Salman.

Beliau berkata kerjasama dalam bidang pendidikan antara Malaysia dan Australia telah bertukar bentuk dari penderma-penerima kepada rakan bijak dengan pewujudan program kembar dan penubuhan kampus cawangan universiti Australia di Malaysia.

Beliau berkata terdapat kira-kira 20,000 pelajar Malaysia di Australia, kira-kira 3,000 daripadanya di South Australia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Malaysia yakin maju di bawah Najib

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain