suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UAE catat kematian pertama akibat H1N1

DUBAI: Seorang warga India berusia 63 tahun menjadi mangsa pertama yang meninggal dunia akibat Influenza A(H1N1) di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pesakit lelaki itu menghidap simptom selesema babi di samping jangkitan sistem pernafasan dan paruparu yang teruk ketika dia dimasukkan ke hospital, menurut laporan media rasmi WAM, yang memetik pengumuman Kementerian Kesihatan.

Laporan itu tidak menyebut di mana dan bila pesakit itu meninggal dunia.

"Mangsa berumur 63 tahun itu lambat mendapatkan rawatan di hospital apabila dia didapati mempunyai tanda jangkitan berserta simptom A(H1N1)," kata laporan itu.

Dia diberikan rawatan perubatan tetapi meninggal dunia selepas keadaannya semakin tenat.

Kementerian berkenaan menggesa orang ramai supaya berjumpa doktor sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda influenza A(H1N1). BERNAMA

Artikel Lain